Rabu, 21 Disember 2011

PENGENALAN..

Blog ini merupakan tugasan kedua yang perlu disiapkan sebagai memenuhi pemarkahan subjek HRIS. Dalam blog ini merangkumi beberapa topik yang telah dipelajari dalam subjek HRIS. Sebelum kita menghuraikan dengan lebih lanjut, seharusnya kita sudah peka dengan beberapa istilah penting dalam HRIS. Human Resouces (HR) atau Sumber manusia bagi sesebuah organisasi adalah merangkumi pekerja dan pengurus yang terdapat di dalam organisasi tersebut. Sumber manusia merupakan sumber terpenting di dalam sesebuah organisasi, di mana mereka ini menawarkan bakat, pengetahuan, kemahiran dan pengalaman kepada organisasi. Tanpa sumber manusia , organisasi tidak akan dapat bergerak malah tidak akan wujud.

Pengurusan sumber manusia (PSM) boleh ditakrifkan sebagai suatu sistem yang komprehensif dan bersepadu bagi mengurus tenaga kerja secara efektif dalam usaha untuk mencapai matlamat organisasi. Ianya melibatkan keseluruhan organisasi. Antara peranan pengurusan sumber manusia adalah melibatkan aktiviti-aktiviti seperti berikut :

  1. Perancangan Sumber Manusia
  2. Pengambilan dan Pemilihan Pekerja
  3. Latihan dan Pembangunan Sumber Manusia
  4. Penilaian Prestasi
  5. Pengurusan Pampasan
  6. Perhubungan Pekerja
  7. Keselamatan dan Kesihatan Pakerja

Aktiviti-aktiviti ini bergantung kepada bagaimana jabatan sumber manusia dalam sesebuah organisasi. Ada organisasi membahagikan aktiviti PSM kepada 7 fungsi, ada juga yang kurang; 4 atau 5 bahagian, tetapi tidak lari dari peranan utama PSM organisasi. Pengurusan ini berlaku secara berterusan bermula dari seseorang pekerja itu melaporkan diri sehingga penamatan kontrak berlaku.

Dalam penulisan blog kali ini, saya hanya memilih beberapa dari aktiviti-aktiviti pengurusan sumber manusia. Hari ini, aktiviti pengurusan sumber manusia banyak dilakukan bergantung kepada kemajuan teknologi yang pesat. Suka saya menyebut, kebanyakkan organisasi hari ini menggunakan hampir 60 – 80 % teknologi sistem maklumat dalam mengurus sumber manusia.

P/S : Sesuatu sistem yang dibangunkan jika tidak digunakan akan menambahkan beban kepada organisasi itu sendiri…=(

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...