Isnin, 26 Disember 2011

LATIHAN DAN PEMBANGUNAN (1)

Terma & Istilah

Latihan

Umum sedia maklum tentang pengertian latihan dari pelbagai perspektif. Istilah latihan sering ditafsirkan sebagai aktiviti pemindahan maklumat dari golongan yang berkepakaran kepada pekerja (untuk meningkatkan pengetahuan, kemahiran dan kebolehan –KSA pelajar) supaya pekerja boleh menjalankan tugas atau kerja semasa dengan lebih baik. Latihan boleh berlaku pada bila-bila masa, di mana-mana tempat atau keadaan tertentu samada secara formal atau tidak formal.

Pembelajaran

Biasanya, pembelajaran dilihat sebagai meningkatkan pengetahuan seseorang, pemahaman atau kemahiran. Sesetengah pendapat, melihat pembelajaran sebagai tambahan kepada kesedaran pengetahuan dan kemahiran tidak kurang juga pendapat menyatakan pembelajaran sebagai keupayaan untuk melaksanakan salah satu tahap peningkatan. Adalah penting untuk difahami bahawa pembelajaran adalah lebih daripada mengumpul maklumat - lebih daripada mengumpul rujukan pada buku-buku, tetapi satu cara proses pembelajaran adalah berlaku penerimaan dan maklumbalas dalam meningkatkan pemahaman. Bergantung kepada keperluan pelajar, pengetahuan ditukarkan kepada kemahiran, iaitu mengetahui bagaimana untuk mengaplikasikan pengetahuan bagi mendapatkan sesuatu yang dilakukan dengan menggunakan sebaik-baiknya kemahiran yang diperolehi untuk tugas-tugas dan amalan yang paling sesuai dalam organisasi, supaya menghasilkan kebekersanan prestasi kerja.


Pendidikan

Istilah utama dalam latihan pekerja yang paling umum. Beberapa pendapat menyatakan pendidikan secara profesional menunjukkan pencapaian konteks peribadi dan pemahaman dunia, bahawa kehidupan seseorang dan sebahagian besar kerjayanya dipertingkatkan, contohnya, "Pergilah mendapatkan pendidikan." Ada juga yang melihat istilah sebagai pembelajaran yang diperlukan untuk mencapai satu tugas yang baru atau kerja.


Pembangunan

Istilah ini sering dilihat sebagai satu set yang luas, dan aktiviti berterusan untuk membawa seseorang pekerja atau sesebuah organisasi sehingga ke tingkat prestasi yang maksimum. Pembangunan dijalankan dengan pelbagai kaedah, contohnya penghalaan tentang peranan, latihan dalam pelbagai bidang, latihan berterusan pada kerja, latihan, bimbingan dan bentuk pembangunan diri. Sesetengah pandangan mendefinisikan pembangunan sebagai matlamat dan pengalaman sepanjang hayat.

Latihan & pembangunan (L & P) merupakan bahagian terbesar dlm aktiviti pembangunan sumber manusia. Ia adalah proses sistematik bagi peningkatan pengetahuan & kepakaran berkaitan kerja di kalangan pekerja untuk meningkatkan prestasi dan membangunankan organisasi.

Hari ini, istilah latihan dan pembangunan banyak dirujuk sebagai pembelajaran dan pembangunan adalah salah satu aspek-aspek yang paling penting kehidupan dan kerjaya. Kebanyakkan orang melihat latihan sebagai satu aktiviti yang mengeluarkan hasil atau hasil pembelajaran manakala pembelajaran lazimnya dilihat sebagai pengetahuan baru, kemahiran dan kecekapan atau kebolehan. Latihan dalam organisasi biasanya dijalankan secara formal walaupun pembelajaran boleh berlaku secara tidak formal. Latihan formal memerlukan tatacara yang tersusun bagi membolehkan proses pembelajaran berlaku dengan berkesan manakala pembelajaran tidak formal tidak memerlukan perancangan.

Rujukan : http://www.ukm.my/~jkom/journal/pdf_files/2001/V17_6.pdf dan

http://jhcd.utem.edu.my/index2.php?option=com_docman&task=doc_view&gid=12&Itemid=80

Faedah Latihan dan Pembangunan Pekerja

Perancangan latihan yang berkesan dapat membantu organisasi mencapai matlamat yang ditetapkan. Hasil aktiviti latihan yang dijalankan memberi manfaat bukan sahaja kepada pekerja tetapi keseluruhan organisasi.




Rujukan : http://traininganddevelopment.naukrihub.com/training.html

Kitaran Latihan

Latihan direka untuk menyediakan pekerja dengan pengetahuan dan kemahiran yang diperlukan dalam melaksanakan kerja mereka. Ianya merupakan segala usaha yang dilakukan oleh organisasi untuk meningkatkan kemampuan seseorang pekerja dalam melaksanakan tugasnya. Organisasi perlu bersedia dengan cabaran yang terpaksa dihadapi seperti kemahiran yang ada pada pekerja itu sendiri, Adakah pekerja mempunyai kemahiran yang secukupnya bagi melaksanakan tugas seharian dan jika kemahiran pekerja berada ditahap yang minima, Apakah tindakan yang perlu disyorkan oleh PSM kepada pihak pengurusan syarikat?. Adakah pekerja tersebut perlu dihantar menjalani latihan bagi menambahkan kemahiran samada dengan cara menyambung pelajaran di bidang yang berkaitan dengan bidang tugas pekerja tersebut dan sebagainya?.

PSM perlulah merancang dan menyediakan pelan latihan bagi para pekerja agar syarikat senantiasa berada dalam keadaan siap sedia menghadapi sebarang kemungkinan dan berupaya untuk menghasilkan pekerja yang berkeupayaan untuk melaksanakan tugas dengan kemahiran dan latihan yang diperolehi. Bagi menyediakan syarikat yang berdaya saing, syarikat hendaklah memastikan bahawa setiap pekerja mempunyai latihan yang cukup, tetapi kadangkala timbul persoalan tentang “Apakah jenis latihan yang diperlukan?”.


Rujukan : http://www.bagtravelluggage.com/training-and-development/

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...