Definisi Pemilihan
Pemilihan merujuk kepada proses pengambilan pekerja yang dibuat oleh sesebuah organisasi bermula daripada mengenalpasti dan memilih calon dan kemudiannya menempatkan mereka dalam pekerjaan. Peterson dan Tracey berpendapat pemilihan adalah proses mengukur dan menilai atau mentafsirkan sifat daripada sekumpulan pemohon dan memilih individu atau lebih sesuai dan berkemungkinan besar berjaya dalam pekerjaan tersebut.
Menurut Blum dan Naylor (1968), pemilihan melibatkan aktiviti memilih sekumpulan kecil pekerja dari sekumpulan besar pekerja yang boleh diambil bila-bila masa sahaja. Menurut mereka lagi, ianya bertujuan untuk melihat kemampuan individu untuk melaksanakan sesuatu tugas sebelum individu tersebut memegang jawatan yang dipohon. Ianya boleh dilakukan dengan maklumat yang diperolehi melalui cara tertentu dari individu tersebut seperti ujian, temuduga atau latar belakang pekerjaan mereka sebelum ini. Pemilihan pekerja amat dipengaruhi oleh strategi pengambilan yang digunakan. Ini bermakna strategi pengambilan yang baik dapat menarik seberapa ramai calon untuk memohon jawatan tersebut dan pemilihan pekerja dapat dilakukan dengan lebih berkesan.
Perbelanjaan dan usaha yang tinggi dalam pengambilan dapat menghasilkan calon terbaik untuk sesuatu jawatan. Pemilihan dibuat berdasarkan kepada kumpulan pemohon yang memohon sesuatu jawatan dan memilih mereka yang paling layak untuk jawatan tersebut. Torrington dan Hall (1991) berpendapat pemilihan pekerja yang dilakukan dengan berhati-hati dan mengikut prosedur yang ditetapkan boleh memberikan keadilan kepada semua pihak dan dapat mengelakkan kesilapan dalam pemilihan calon semasa temuduga. Ini bermakna sistem pengambilan dan pemilihan pekerja yang terbaik dapat meminimumkan diskriminasi dan memberi peluang kepada organisasi untuk membuat keputusan pemilihan pekerja yang tepat.
Proses Pemilihan Pekerja
Pemilihan bermula dari proses menemuduga dan menilai calon-calon tertentu dan memilih individu yang berkelayakan untuk pekerjaan berdasarkan kriteria tertentu. Pemilihan pekerja boleh terdiri daripada proses yang sangat mudah sehingga kepada proses yang sangat rumit bergantung kepada pengambilan pekerja dan kedudukan jawatan dalam organisasi. Undang-undang pekerjaan tertentu seperti undang-undang anti-diskriminasi mesti dipatuhi semasa pemilihan pekerja.
Pemilihan pekerja menetapkan pekerja yang layak di tempat kerja yang betul. Ia adalah satu prosedur yang hampir sama dalam memenuhi keperluan organisasi dengan kemahiran dan kelayakan seseorang. Dengan memilih calon terbaik untuk kerja yang diperlukan, organisasi akan mendapat prestasi kualiti pekerja. Selain itu, organisasi akan menghadapi kekurangan masalah ketidakhadiran dan pusing ganti pekerja.
Kata pujangga “All the leadership, supervisory and motivation skills in the world will not compensate for a poor job of recruitment and selection”
Tiada ulasan:
Catat Ulasan